Monday, April 02, 2012

BABY SUDAH MULA BERGERAK

Salam BSS..

Hye mommies kat lua sne & wat sesape saje yg sdang bce blog ak nih..Actually mse tgh update entry kali ni tgh hujan lebat gle2 kat lua tuh..So, drpd duk tido je terpikir plak nak update blog kesayangan hamba ni.. acece mcm lagu hail amir lakz..huhu..

Entry kali ni nak bercerita tentang my baby yg shrg ni dah  masuk 22 minggu dah start GERAK2 u ols!!!!! excited sbb first preggy kann... Tapi ak rasa tak kira first, second dan seterusnya, seorang ibu yang bakal menerima cahaya mata baru dalam hidup mereka akan merasa kemanisan yang sedemikian.. nak kata xde??.. jgn tipu la.. Actually mse 18 minggu dah mula rsa baby gerak dlm perut just time tu mcm rasa angin bergerak je.. X brapa nak kuat sangat. Apa yang ak tahu masa 22 minggu ni rangka badan janin mula diselaputi lemak dan otot janin mula menjadi kuat... Datz why la makin trase tendangan demi tendangan memasuki pintu gol!!..ahaha.. 

Baru je tadi masa habis sahaja kuliah pertama di pagi hari pada jam 8 hingga 10 pagi, aku terasa lapar, sikit penat dan sakit bahu.. Then sbb da lapar pegi la makan. selesai makan aku terus ke makmal komputer menyudahkan asignment yg x berkesudahan lg.. Time ni dr pkul 10 hingga 12 takde kuliah pun.. dalam masa 1 jam tu ok lg la badan ak but masuk setengah jam berikutnya, aku rasa x larat dah nak duduk.. rasa nak baring je, akhirnya aku ambil keputusan untuk lepak di surau.. Lepak??? macam ganas je bunyinya.. kat surau pulak tu, ala kira berehat sekejap la kann.. Sampai je kat surau aku duduk menyandar, x selesa jgk.. Last2, amblik beg jadikan bantal & aku pun terus baring... Lepas tu apa jadi???? JENG.. JENG..JENGGGGGG...

Saje wat saspen..hehe, my baby gerak active sgt2.. sampai ak bole napak penangan ombak rindu kat perut ni haa..Kalau dipegang dan diusap perut mmg jelas terasa.. Aku letak hanset atas perut pun hanset tu bole bergerak bergoyang jgk.. Nampak sgt baby tgh main2 dlm perut ni.. Teruja!!... Bcoz ni first time baby aktif semacam tu.. selalu xdela nak sampai perut ni berlekuk dek gerakan dia tapi kali ni dia betul2 nak tunjuk kat mommy dia yg dia tgh cergas dan sihat..alhamdulilah.. Disebabkan kuliah seterusnya bermula jam12 so terpaksa aku bangun dan menuju ke bilik kuliah yg sepatutnya... baru nak melayan my little sweet.. urmm :( x puas kotttt.. watever pun kat kelas dia stil tendang2 lg.. but kali ni slow skit... dia tahu kot mommy dia tgh study,,hehe.. So, takat ni dulu.. tata

P/s : Semalam baru je dapat bedung dan barut yang ak tempah khas dr blog siapa ntah secara online.. lawa u ols,,, gamba kartun2.. slalu org buat putih kali ni aku bg chance kat bby pkai barut & bedung yg ada kartun2.. hikhikhik.. 



Monday, March 26, 2012

PENGALAMAN TRIMESTER PERTAMA

Salam BSS..

Before this ada entry kan pasal first time mengandung.. So, now let's we move to da next entry about my experience during my first trimester.. (now dah msuk 2nd trimester..hihi)..

LESU, LOYA, MUAL

Betul la org cakap trimester pertama adalah saat yg paling mencabar bagi ibu mengandung. Waktu ini lah kerap rasa nak muntah, loya, pening, mudah letih walau keje tak banyak, kuat tido, rasa malas dan mcm2 la. Setiap org mungkin berbeza tapi apa yang aku kongsikan ni berdasarkan kepada pengalaman sendiri. Boleh dikatakan setiap hari akan loya tekak. Nak terkeluar isi perut tak jugak tapi mcm angin je yg kluar. Lagi 1 yg aku alami aku jadi malas semacam. Sampaikan rumate (aku still continue study & duk di kolej) menegur aku 1 hari tu. Katanya macam ni

" aku peliklah tengok perangai kau sekarang, dulu kau bangun awal, rajin buat kerja ke asignment ke. Tapi skrg nampak malas sangat.."

Haa kannnnn!!.. Tu dia.. seriously mmg aku rasa malas sangat waktu tu. Tak tau la apa sebab jadi macam tu. Sampaikan waktu nak mandi petang pun tertangguh-tangguh. Kalau balik rumah hubby siap pesan banyak kali pergi mandi. bngun tu bngun jugak la tapi sempat duduk dapur makan dulu. Kang kejap lg duduk tengok tv dulu. Benda ni x prasan pun tapi mak yg prasan. Ni bawaan budak sebab aku bukan jenis yang macam tu sebelum preggy. Aku ni jenis kalau nak buat sesuatu terus buat xde nak tangguh2. Aku senyum je bila hubby da pandang pi sruh mandi.. hahaha mcam2 budak2 pun ada perangainya. Janganlah anak aku dah lahir sok jadi malas atau susah nak mandi. huhu..

FOBIA AYAM

Bercerita bab makan pulak aku mmg agak kurang sikit slera nak mkn. yela tekak asyik loya je mana ada selera nak makan. Samapailah satu hari aku dapat kesan yang aku tak boleh makan AYAMMM!!!!!!.. Pergh my faveret tu.. ayam cik kiah oi.. tapi bila preggy ni aku terus tak boleh telan. First masa balik rumah, nak sambut besday aku, mak dgn anak buah sekaligus. so, hubby belilah KFC 1 bucket. Aku pun bedal la ayam malam tu. Punya sedap. Esoknya abg ipar belanja roti canai & ada kaki ayam pada kuah kari tu. Aku pun makan kasi pulun. Nak tau apa jadi??. Lepas dari tu aku tak benti kua masuk toilet. Habis kluar smua isi yg aku mkn. Mmg baby dalam perut ni tolak habis ayam. Aku try makan soto ayam pun sama jgk. Akan terkeluar semula.So, starting on that time aku tak makan dah ayam. So, takat ni dekat 4 bulan jgk aku x makan ayam. Seumur hidup aku ni la waktu paling lama aku x sentuh ayam.. bila ingat mcm klaka pun ada...

MENGIDAM

Mengidam memang akan terjadi pada setiap individu. Aku rasalah. Dulu aku rasa orang yang mengidam ni macam mengada2 ambil kesempatan je. Mintak itu ini tapi bila dah mengalaminya baru sedar kalau mengidam sesuatu tu mmg kne adakan jugak walau apa cara sekalipun. Kalau tidak mulut terliur dan otak akan membayangkan je benda yang nak dimakan. Sampai ada masa boleh jadi lemah badan sebab apa yang nak tu x dapat2.Dari pengalaman aku, aku mengidam buah delima, limau bali, kuih lopis, getuk ubi (ni bhs org jawa, tmpat lain xtau dipanggil apa) & mcm2 la. Sekarang ni ada satu benda aku nak makan tapi x dapat lg. "Kastard Jagung".. fuhh sabar menunggu 3 minggu utntuk dapatkan ni. Nak tunggu cuti balik rumah sruh makn buat..hihi.. 

So, takat ni dulu la aku nak share dgn sesiapa yg sudi membaca. Lepas ni tunggu pengalaman trimester kedua pulak ye.

Sunday, March 25, 2012

First Time Tahu Mengandung

Salam BSS (bitter, sweet, sour)..

Menjadi sesuatu yang menggembirakan apabila seseorang wanita mengetahui yg dirinya bakal menimang cahaya mata. Macam tu jgk la aku. Aku sendiri pun tak menjangkakan akan preggy sebegini awal sebab jangkaan untuktunggu selepas habis belajar. Tapi rezeki Allah nak bagi, aku syukur dan bersyukur sangat2.. For me ini adalah hadiah perkahwinan yang berharga buat aku dan suami..hehe

Kisah aku mengandung bermula macam ni, masa bulan 11 aku merasakan sesuatu yg aneh. Perempuan normally they will go trough their ABC (bhsa ksar org pmpuan yg bmaksud "Allah Bagi cuti".. mana diorng dpt short form ni pn ak xtau, ak dgr2 dr org je). Cam tu jgk aku. But then its not 7 days it comes out just for 2 days. Jarang dan x pernah pn aku mengalaminya in just 2 days. Dari situ aku menjangkakan aku akan pgnant. Lepas tu,  bila aku britahu my hubby & dia belikan pregnancy test kit yg dekat farmasi tuh.. xdela mahal mana pun around RM8.00 kot kalau x silap. Aku pun gunalah. Lepas bangun pagi test air kencing. But, u know what apa yg blaku. Ni ha result dia :
NEGATIF!! (ilustrasi ni bukan yg sebenar, test kit yg aku beli buang dah ntah ke mana.. men copy paste tenet je..hikhik). Kalau diikutkan dekat 3 kali  jugak aku membazirkan duit beli benda alah ni untuk tahu pregnant ke tak. Jawapan tetap sama negatif. Apabila seseorang tu mengandung akan menghasilkan HCG. Utk tahu lanjut pegi kat web ni http://www.mommeworld.com/post/view/61/hcg-level/ Mungkin tahap HCG aku masa tu masih rendah. 

Selepas tu apa yang berlaku??.. My hubby ni mcm x sabar2 nak tahu sangatkan  yg wife dia ni preggy. Tambahan pulak sejak dua menjak waktu 2 bulan pertama tu, memang mabuk, mual dan loya tekak. Lagilah menambahkan keyakinan  dia. So, dia bawak aku pegi klinik swasta di seri serdang. Aku pun jumpa dr. Ingat lagi dr. cina yang cek aku waktu tu. Aku beritahulah keadaan aku dan aku nak cek either pregnant or not. Mcm biasa mstilah cek urin. Then, x lma dalam brapa mnit lpas dia titikkan urin atas test kit trus bg hasil. Mcm ni ha..:









 Doc pun bg tau..Yes, kamu mengandung! Aku macam xde perasaan waktu tu. Senyum je. Tapi rasa macam nak melompat pun ada. Tapi takkan nak buat macam tu kan dalam klinik kot!!!..bila keluar je bilik Dr. senyum2 tgk hubby. Hubby pun dah agak yg wifenya yg tersyg ni preggy. On the spot trus dia call mak merangkap mak mentua aku britahu bakal dapat cucu baru..hehehehe..

Mulai dari hari tu dia sangat2 ambil berat pasal aku & apa aku nak semua dia bagi. Ok la takat ni dulu utk entry kali ni. Lepas ni ikuti sambungan pasal aku menjalani trimester pertama yang penuh dugaan dan mcm2 pancaroba sebagai bakal ibu.. 


.

Wednesday, February 22, 2012

Bila Berjauhan Dengan Suami..

Salam secangkir kenangan..
Lama rasanya diri ini tidak mencoretkan sesuatu  bermakna dalam ruangan blog ksyngan. Kali ni bukanlah satu kupasan isu semasa tentang peperangan, penzinaan, penagihan dadah dan sebagainya tetapi adalah suatu luahan rasa, satu coretan yang ingin dikongsikan bersama pembaca..

Perkahwinan sering digambarkan sebagai suami isteri tinggal bersama di bawah satu bumbung, mengadap muka saat pulang kerja, bersantai di kala petang, makan bersama di malam hari dan bergurau senda saat bersama. Namun tidak semua perjalanan sebuah perkahwinan akan melalui saat seperti ini. Ada masanya kedua-duanya diduga dan diuji. Suami mempunyai tuntutan kerja yang perlu dilaksanakan, si isteri pula menggalas tanggungjawab menyambung pelajaran. Inilah keadaan yang aku alami saat ini..

Terasa syahdu bila diri mula keseorangan tiada insan tersayang di sisi. Tetapi setiap ujian yang Allah turunkan ada hikmah tersendiri. Barangkali Allah mahu menjadikan aku sebagai seorang isteri dan juga seorang bakal ibu yang kuat dan tabah. Aku percaya Allah menurunkan ujian pada hambanya sesuai dengan kemampuan yang dimiliki oleh hambanya di dunia. Mudah-mudahan dengan perpisahan untuk sementara waktu ini menguatkan lagi cinta dan hubungan antara kami suami isteri.

Bermacam-macam perkara yang kami lakukan supaya tidak terasa berjauhan. Mujurlah adanya kecanggihan teknologi masa kini membenarkan aku untuk sentiasa bertanya khabarnya di waktu pagi, tengahari, petang dan malam. Walaupun sekejap mendengar suara sudah cukup melegakan hati. Jika ada waktu skype sudah tentu. Andai ada waktu terluang suami akan turun ke KL atau aku sendiri yang balik ke Johor. Tapi untuk akan datang si dia akan ke Australia atas tuntutan kerja. Sungguh Allah benar-benar nak menguji hati dan jiwa ini berjauhan dengan suami saat kehamilan anak kami yang sulung. Sebagai seorang isteri aku faham keadaan yang berlaku. Perlu ada  kepercayaan, bertolak ansur dan kesetiaan. Kata orang sayang anak tangan2 kan sayang isteri tinggal2 kan. Pemergiannya demi mencari rezeki. Bukan untuk sesiapa tetapi untuk diri ini dan anak yang dikandungkan juga. Kerana itulah aku redha dengan situasi ini dan sentiasa mendoakan suami di bawah lindungan YANG MAHA ESA.. Insyaallah..

Sebenarnya saat berjauhan dengan suami memberi ruang pada diri untuk lebih dekat dengan Ilahi. Bukan bermakna bila bersama suami terasa jauh dengan Ya Rabbi, tetapi bila berjauhan itulah akan timbul rasa kesyukuran bila saat suami di sisi, terasa ingin selalu mendoakan si dia sihat sentiasa.

Hidup kita hanyalah sementara, hargai apa yang kita ada.. Bersyukurlah dengan nikmatnya.. Alhamdulilah

P/s : Terasa rezeki makin melimpah ruah dengan kehadiran bakal anak sulung... :)

Thursday, January 12, 2012

Pengakhiran Yang Mengasyikkan

Alhamdulilah... pejam celik pejam celik berakhir sudah penantian penuh siksa.. ehehe.. siksa sangat ke??... actually xla sgt tapi bersyukur sebab final exam for sem 3 dah habis tadi tamat jam 4.00 petang.. x sampai pukul 4 pun tadi aku dah keluar dari dewan exam.. Fuhh!!... legaaa bila kaki dah menapak kat luar exam hall.. dalam hati seronok tak terkira. So, lepas ni nak mengadap laptop lama2.. tgk movie.. layan facebook.. you tube.. baca buku.. Opss.. opss.. yg last tu apa ekh?? baca buku???.. ngee.. tu sem depan la kak oi.. xlarat dah ni, majalah xpe.. kira buku jugak la kan.. ahhaa.. the most important one MY BLOG la.... lama dah x update kan.. byk benda aku nk share tapi tergendala gara-gara asignment ni ha melambak kannnzz.. tu la pasal.. nama pun student.. kalau diikutkan esok dah boleh balik dah tapi disebabkan ada apointment dgn Dr. next week terpaksa la ditunda dulu.. sabo jela.. Adik lam prut ni dah rindu papa dia ni haa.. :) Lupa lak nak cerita about my weeding.. Aku dah nikah Bulan Julai lepas.. & next week baru nak buat majlis.. ahaha.. lambat giler kan??.. xpela asal happy.. debar jugak ni.. mana tak nya kita bunting plamin uuuuu.... adik pun ikut skali bersanding nanti.. akan datang kalau dia tny "mama mana adik takde pun dalam gamba??''.. senang jela nak jawabkan cakap "tu,,, ada dalam perut mama.." wahh excitednya nak bergelar ibu nihhh.. Doakan semuanya selamat ye.. even masih student aku tak kisah dgn tanggungjawab yang perlu aku galas.. Benda ni kalau kita yakin  insyaallah Allah akan memudahkan semua urusan hamba-Nya.. Aku tak pernah putus asa dan rasa kecewa dengan keputusan yg aku buat.. for me everything goes as Allah planned.. tambah2 dapat family yg mmg give full support aku tak la kekok melalui hidup ni lebih awal dr orang lain.. mana taknya semua akak aku kawen awal macam aku.. jadi x heran la diorang.. Ni aku nak bagi tips sikit untuk tahu sama ada orang yang kita akan kahwini itu jodoh kita atau tidak :

1. Solat istikharah.
Kadang-kadang solat istikharah ni bg petunjuk kadang-kadang habuk pun xde. tido sampai lebam biji mata tapi xde mimpi yg datang malah mimpi hantu..ahaha gurau jek.. ada satu cara lg

2. Tgk restu ibu bapa
Jika kedua mak bapa kita merestui perkahwinan tersebut maknanya terimalah insan tu untuk jadi teman hidup sebab kebahagiaan rumah tangga bergantung kepada restu orang tua.

3. Teruskan majlis merisik, bertunang dan nikah
Seandainya tak pasti jugak. teruskan je majlis yg nak dibuat. Sekiranya si dia memang jodoh kita takkan ada benda yang menghalang. Segala yang kita jalankan akan lancar, tenang, dan mudah tanpa gangguan. Berbanding kalau dia bukan jodoh kita Allah akan meletakkan batu penghalang dalam proses untuk bersatu kerana si dia bukan untuk kita..

4. Ciptakan keserasian
Cuba perhatikan wujud atau tidak keserasian. Jangan risau sekiranya masih belum serasi. Keserasian akan muncul nanti bila dah bersama..

Tu la antara tips.. tak banyak tapi diharap sedikit membantu..
Untuk semua bakal-bakal ibu semoga selamat melahirkan..
Untuk rakan-rakan semoga berjaya dunia akhirat
Untuk keluarga tersayang semoga kalian sentiasa diramati oleh-Nya.. :)

Monday, January 09, 2012

APA YANG AKU MAHU UNTUK TAHUN 2012??

Apabila masuk tahun baru biasa la ramai yang akan mempersoalkan "apa azam taun ni?" "wei, ko nak capai apa taun ni??" " dah ada azam belum??".. ni la some of the question that people will ask.. So, bg aku ada beberapa la impian yg kalau boleh aku nak capai untuk taun ni... Aku hrap taun ni bkkn la tahun yg byk mendukacitakan tapi banyak buat aku tersenyum bahagia.. Ok la.. jum tgk apa yg aku teringin sgt2 tp blum tercapai lg ni..

NO. 1 : I must got DEKAN for semester 3 and 4...
Fuhh.. macam x percaya je kan nak capai dekan utk kedua-dua sem ni.. ye tak??.. Terror sgt ke??.. Whatever apa orang nak kata, bukan nak membangga tapi sem 1 & 2 dah tercapai, why not teruskan je.. tapi bila membayangkan carry mark sem ni ada yg ok ada yg x.. owh sblum tu skrg aku tg final exam semester 3.. tambah2 ada subjek killer meyhhh... adess.. Anyway, Allah tu Maha Adil, Maha Penyayang dan segala sifat-sifatnya yg 99 tuh aku yakin dan percaya jika ada rezki.. Insyaallah..AMIN.. Pray for me k.. :)

NO.2 : SAMSUNG GALAXY NOTE should be mine!

Haaa kannnn!!.. Tu dia,, maybe to anyone yg dah ada & dah pun MEMILIKInyew x yah la berlagak sombong ye.. Ada aku kesah??..ahahaha.. First time aku tgk ermm iklan.. ye iklan kat TV brape ntah ada la dia tnjuk cara edit gamba guna this gadget.. tu yg wat aku tertarik tu.. aku ni mmg ske meng'edit' gamba ntah apa2... huhuhu.. harga dia bole tahan jugak la.. tapi x kesah la yg penting kepuasan!!.. skrg pn pkai hanset cap ayam je bai... tahan lasak lg u.. jatuh 10 kali pun x ROSAK.. syukur la asal bole wat contact & mcg.. Tp aku tetap nk jgk mende alah ni..

NO 3 : I want a CUTE baby..
hik,,,hik,,mesti bila baca ni korang baca dua tiga kali kan??.. nk dapat baby kne la kawin dulu ye x???.. percaya atau x I already "someone's wife" and already married cik Tipah oi!!!.. haa saje aku rahsiakan xnak citer dlm blog ni.. hehe.. Now, I already pregnant 3 month.. huhuhu cam x caya akan jd bakal ibu.. Ibu muda.. siapa sangka dalam usia aku yg muda ni aku bakal jd ibu,, aku sendri pun x caya jgk.. Tp tu la ketentuan Allah kita tak dapat nak elak.. betul x??. So, kepada minah2 kepoh kat luar sana yg dok suka lepak bawah pokok atau suka menjaja cerita kata kawen awal ni x bgus.. baik tutup mulut tu kang haa aku cili baru tau.. korang x lalui apa tau.. pot pet pot pet je koje nya.. minta maaf lah ye sape yg trase aty tu,,,huhuhu.. sape mkn cili trase pedasnye.. urmm kalau bole ak nka comel mcm ni

mata bulat.. pipi ttembam,, putih gebu.. walaweii cute tuuu.. x saba tngu anak mama ni kuar,, :)

NO. 4 : Melancong ke PULAU LANGKAWI
Bila je baca ek eleh Langkawi je kak.. Hello, sukati aku la nak ke mana.. yg penting aku lum lag menjejakkan kai ke tempat ni.. Anyway my hubby dah janji nak bawak ke sana.. Honeymoon gituw..hihi..

Orait la.. tu je kot yg aku impikan saat ni.. yg lain  xde lagi.. salam

Wednesday, January 04, 2012

Peperiksaan Akhir Semester 1 Tahun Kedua

Start esok bermulalah paper first untuk semester ketiga pengajian aku sepanjang menjdi student di UPM.. Gayanya ,acam x bersedia lagilah.. x ready je nak masuk dewan exam ni.. Anyway kne tempuhi jugakkan.. takkan nak bia kertas jawapan kosong je.. kena jugak cuba sebaik mungkin.. Kepala dah pening ni.. Setelah lama aku x berblog ni sebenarnya byk cerita baru cuma akuje yg malas nak menaip.. xpe nanti lepas habis exam 12 Januari.. Aku ceritakan apa yg secret sgt tu ye...

LinkWithin

Jom Tengok!