Alhamdulilah... pejam celik pejam celik berakhir sudah penantian penuh siksa.. ehehe.. siksa sangat ke??... actually xla sgt tapi bersyukur sebab final exam for sem 3 dah habis tadi tamat jam 4.00 petang.. x sampai pukul 4 pun tadi aku dah keluar dari dewan exam.. Fuhh!!... legaaa bila kaki dah menapak kat luar exam hall.. dalam hati seronok tak terkira. So, lepas ni nak mengadap laptop lama2.. tgk movie.. layan facebook.. you tube.. baca buku.. Opss.. opss.. yg last tu apa ekh?? baca buku???.. ngee.. tu sem depan la kak oi.. xlarat dah ni, majalah xpe.. kira buku jugak la kan.. ahhaa.. the most important one MY BLOG la.... lama dah x update kan.. byk benda aku nk share tapi tergendala gara-gara asignment ni ha melambak kannnzz.. tu la pasal.. nama pun student.. kalau diikutkan esok dah boleh balik dah tapi disebabkan ada apointment dgn Dr. next week terpaksa la ditunda dulu.. sabo jela.. Adik lam prut ni dah rindu papa dia ni haa.. :) Lupa lak nak cerita about my weeding.. Aku dah nikah Bulan Julai lepas.. & next week baru nak buat majlis.. ahaha.. lambat giler kan??.. xpela asal happy.. debar jugak ni.. mana tak nya kita bunting plamin uuuuu.... adik pun ikut skali bersanding nanti.. akan datang kalau dia tny "mama mana adik takde pun dalam gamba??''.. senang jela nak jawabkan cakap "tu,,, ada dalam perut mama.." wahh excitednya nak bergelar ibu nihhh.. Doakan semuanya selamat ye.. even masih student aku tak kisah dgn tanggungjawab yang perlu aku galas.. Benda ni kalau kita yakin insyaallah Allah akan memudahkan semua urusan hamba-Nya.. Aku tak pernah putus asa dan rasa kecewa dengan keputusan yg aku buat.. for me everything goes as Allah planned.. tambah2 dapat family yg mmg give full support aku tak la kekok melalui hidup ni lebih awal dr orang lain.. mana taknya semua akak aku kawen awal macam aku.. jadi x heran la diorang.. Ni aku nak bagi tips sikit untuk tahu sama ada orang yang kita akan kahwini itu jodoh kita atau tidak :
1. Solat istikharah.
Kadang-kadang solat istikharah ni bg petunjuk kadang-kadang habuk pun xde. tido sampai lebam biji mata tapi xde mimpi yg datang malah mimpi hantu..ahaha gurau jek.. ada satu cara lg
2. Tgk restu ibu bapa
Jika kedua mak bapa kita merestui perkahwinan tersebut maknanya terimalah insan tu untuk jadi teman hidup sebab kebahagiaan rumah tangga bergantung kepada restu orang tua.
3. Teruskan majlis merisik, bertunang dan nikah
Seandainya tak pasti jugak. teruskan je majlis yg nak dibuat. Sekiranya si dia memang jodoh kita takkan ada benda yang menghalang. Segala yang kita jalankan akan lancar, tenang, dan mudah tanpa gangguan. Berbanding kalau dia bukan jodoh kita Allah akan meletakkan batu penghalang dalam proses untuk bersatu kerana si dia bukan untuk kita..
4. Ciptakan keserasian
Cuba perhatikan wujud atau tidak keserasian. Jangan risau sekiranya masih belum serasi. Keserasian akan muncul nanti bila dah bersama..
Tu la antara tips.. tak banyak tapi diharap sedikit membantu..
Untuk semua bakal-bakal ibu semoga selamat melahirkan..
Untuk rakan-rakan semoga berjaya dunia akhirat
Untuk keluarga tersayang semoga kalian sentiasa diramati oleh-Nya.. :)
No comments:
Post a Comment