Wednesday, November 16, 2011

KECEWA

 Dalam hidup ini ada kala kita gembira, ada kala kita berduka, pernahkah dalam hidup anda mengalami situasi yang anda berasa amat kecewa pada diri sendiri. Kekecewaan datang dalam pelbagai bentuk. Antaranya :

1. Kecewa disisihkan dan ditinggalkan oleh orang tersayang.
2. Kecewa dengan sikap diri sendiri yang lalai dan leka melaksanakan tanggungjawab baik.
3. Kecewa kerana tidak bersungguh-sungguh menuntut ilmu dan banyak membuang masa.
4. Kecewa tidak memperoleh apa yang diimpikan seperti kejayaan, pujian, perhatian, harta benda dan sebagainya.
5. Kecewa kehilangan sesuatu yang berharga disebabkan kecuaian diri sendiri.

Apabila kekecewaan itu datang kita kadangkala berfikir yang kita tiada peluang dan kesempatan, rasa seperti hendak tidur selama-lamanya tak bangun-bangun, rasa berputus asa, rasa diri tidak berguna dan segala rasa yang negatif muncul dalam minda dan diintepretasikan melalui pancaindera. Kita juga akan berasa teramat sedih sehingga mengalirkan air mata, mengabaikan tanggungjawab yang ada, bersikap pemarah, bersikap suka menyendiri dan sebagainya. Semua ini merupakan refleksi tindakan yang lahir dari kekecewaan. Ada suatu ketika kita akan mengalami kemurungan yang berpanjangan sehingga berasa senak dada dan tak tertanggung.

Adakah patut untuk kita membiarkan kekecewaan bersarang pada diri kita selama-lamanya???? 

JANGAN!!

Jangan sesekali kita biarkan dia bersarang terlalu lama kerana akan merugikan diri sendiri. Untuk itu beberapa tips yang boleh dikongsi untuk mengatasi perkara ini adalah :

1. Kenal pasti punca masalah.
Segala bentuk masalah akan mudah ditangani jika kita tahu punca sebenar kenepa ia berlaku.

2. Luahkan kepada orang yang kita percaya
Berkongsilah segala masalah yang dihadapi dengan orang yang dipercayai.

3. Banyakkan berdoa.
Allah adalah sebaik-baik tempat kita memohon segalanya. Dia yang MAHA MENDENGAR. Insyaallah segala rintihan akan didengari dan kita memperoleh ketenangan

4. Wujudkan fokus yang jelas dalam hidup.
Apabila ada fokus kita akan tahu arah yang hendak dituju dan tidak memikirkan masalah yang mengganggu minda semata-mata.

5. Bergaullah dengan orang di sekeliling
Kadangkala gurau senda orang disekeliling membuatkan kita tertawa dan tersenyum.

6. Berfikirlah secara rasional dalam setiap tindakan yang kita lakukan. Ingat, ramai yang sayangkan diri kita tanpa kita sedari.

7. Tingkatkan keyakinan diri.
Yakin pada diri kita boleh melupakan perasaan kecewa itu tadi dan memulakan hidup yang baru.

8. Belajarlah untuk memaafkan.
Perasaan akan lebih tenang jika tiada dendam di dalam hati.

9.Terima segala kelemahan yang ada sebagai satu batu loncatan untuk kita memperbaiki diri.

10. Elakkan dari suka menyendiri
Ia membuatkan kita memikirkan semula tentang kekecewaan dan melahirkan rasa sedih.

Untuk itu, hindarilah rasa kecewa. Selalu berfikiran positif.



p/s : Pernah kecewa sewaktu di belajar di matrikulasi. Banyak lalai dan leka. Akhirnya pelajaran terabai. Pernah juga kecewa ditinggal orang yang disayangi tapi sekarang tiada lagi semua tu kenangan dulu je.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Jom Tengok!