Thursday, November 24, 2011

RUGINYEE TAK DAPAT JOIN......

For your information guys.. our Kelab Pendidika Sains Pertanian hari ni dah pun bertolak ke Kg. Berkat which is situated at Maran, Pahang. 61 person of them. Actually nak ikut pada mulanya tapi last2 minute dapat tahu malam ni ada test english... erkkkk terlepek kejapp... adehh.. next week lak ada 2 paper test 2.. goshhh..  Lupa lak nak bg tau prgram tu sbnarnya program anak angkat.. Bez tau tak pernah lagi join program anak angkat ni.. Hopefully akan dtg dapat anjurkan lagi.. Sabar jela.. dah mintak excuse dr Lec.. x bg la pulak.. nak wat camne kan xde rezeki.. Anyway just focus for test 2..

p/s : dapat anak buah baru lelaki.. belum tgk lg,,, sok baru balik tengok.. heee.. sok jugak gi jemputan kawen rumateku.. huhuhuhu....

Monday, November 21, 2011

“FIRST TIME” MAKAN BURUNG PUYUH GORENG"


Hey ladies & gentleman.. heh heh heh.. have u ever heard this kind of bird??? I mean ‘burung puyuh’.. the smaller2 one yang badan dia kecik2 tuhhh.. dada dia bOlat2, berkaki dua..(ahaha mmg la kaki dua kan, mana ada burung kaki empat..? Of course u allz know kan, kalau x tau ni dia…


Haa kannn tu dia.. comel2.. selalunya kita biasa makan ayam goreng tapi pernah x korang cuba rasa daging burung puyuh ni digoreng?... atau korang dah biasa makan?.. bagi yang belum pernah makan, actually sedap tau daging dia.. manis!! Last few days ak baru je makan puyuh goreng yg ak beli kat pasar malam sri serdang.. Selalu ke sana & selalu jugak ak nampak benda ni (I mean puyuh goreng ni) tapi x pernah pun beli sebab harga sekor RM4.00!!! mahalkan…. Haishh datz why ak tak beli.. Tapi ntal la makin aku pandang makin teringin pulak ak nak makan., so, I decide & I ask someone to buy for me.. Who?.. hehehehehe.. my syggg la.. habis sekor ak ratah.. nyum..nyumm…nyumm sedapnye.. Dulu ak x makan daging dia ni sbb bila aku tengok je burung ni digoreng sekor macam tu dah macam janin bayi!!!!!.. euuuwwww.. But know I realize datz it is really tasty.. haaa kann dulu tak skrg sibuk mencari.. Malam ni aku ingat nak pegi pasar malam tu tapi apakan daya tiba2 je lecturer sains ternakan aku kata ada kelas ganti malam ni.. Sabo jela.. takpe jumaat ada,, tunggu la..ok, try la sape yg belum try tu.. sedap tau.. 

p/s : presentation pagi tadi tak sempat sebab dua kumpulan saja ambil masa sampai satu jam lebih.. selamat ada lagi 2 minggu buat preparation coz neztt week isnin cuti kan..

Sunday, November 20, 2011

Pembentangan Sosiologi.. Ok ke x?

Pagi ni aku dipertanggungjawabkan untuk bentangkan tugaan sosiologi.. Takut meyh, lecturer x nak cikai2.. lg 1 x bole tgk slide!!.. kena present penuh yakin depan audience.. So, tips kat sini yag aku guna pakai "buang rasa takut supaya kita tak rasa lemah & baiki kelemahan supaya kita tak merasa takut " x perlu rasa berdebar sbb membe lain pun akan ada perasaan yg sama.. wat biasa2 sudaa... hehehe.. wish me luck ya! petang nanti ak inform apa kata lec. & apa hasil pembentangan ni nanti. Sblum terlupa tajuk aku adalah"Berdasarkan kes sebenar, perihalkan gaya kepemimpinan pengetua merupakan faktor terbesar dalam menentukan iklim sekolah walaupun budaya sekolah tersebut mendominasi tindakan warga sekolah" ni tajuk dia. k la byee nak try kat bilik dulu..hehehehe  
 

Friday, November 18, 2011

BUKAN SENANG MENGURUSKAN ORGANISASI

Beberapa jam yang lepas baru sahaja selesai membuat perjumpaan bersama ahli Kelab Al-Biruni Fakulti  Pengajian Pendidikan. Puas rasanya dapat berjumpa dengan ahli-ahli yang lain tetapi masih x tercapai matlamat untuk melantik AJK tertinggi kerana kebanyakan ahli yg hadir adalah dalam kalangan mereka yang berada pada tahun akhir. (jd mustahil la diorang bole incharge sbb dah taun last..) Banyak pengalaman yg dpt aku kutip dlm menguruskan organisasi ni. Sbg presiden kelab ak bertanggungjawab dlm kelangsungan aktiviti. Banyak jugak cabarannya apabila nk buat program walaupun cuma perjumpaan biasa dan bukan perjumpaan penuh protokol. Pertamanya pada perjumpaan pertama, tempat sudah dibooking tetapi tiada yg hadir kerana makluman tak sampai kepadaa mereka yg berkenaan. Tambah2 waktu tu  cuti raya haji. Kali kedua pula iaitu perjumpaan yg baru slesai tadi, berkali-kali mencari tempat. Pergi ke DKFPP, penuh la pulak, bertukar ke bilik seminar perlu merujuk ke pusat pengajian siswazah, apabila  mohon ke DKAP perlukan surat dr BHEP.. Dah tu pergi BHEP mohon kebenaran. Muala2 tak dapat tp  alhamdulilah dr jasa baik staf dia bagi jugak. Hal makanan tak jadi masalah, fakulti tanggung. Tu pun kne ada kertas kerja. Berkenaan cenderahati, rumit sikit. Mula-mula buat surat ingatkan prof yg sorg ni penasihat fakulti rupa2nya penasihat universiti. Baik2 dah siap print kena edit smula. Jumpa timbalan dekan mintak kepastian. Pembantu dia pun dah kenal siapa ak..hehehe.. asik kuar masuk blik dia je. bila da siap kne pegi BHEP anta pd penolong pendaftar pula. Nasib baik ada membe yg baik tolong amik brg yg byk sebesar 2 kotak anta pakai keta dia.. syukur. Jangan disangka mengurus organisasi ini senang. Kita tgk orang buat nampak senang. Tapi bila kita sendiri berdepan.. MasyaAllah payahhhhh.. Namun begitu ak x risau & x rasa putus asa sbb pengalaman sebegini memberi nilai tambah pada diri aku. Tak semua orang boleh buat.. Thanks pada seseorang yang telah banyak memberi bantuan dan tunjuk ajar.. Sekian..

p/s : seandainya dapat kawan-kawan yang supportive mesti lagi bersemangat..... 

Wednesday, November 16, 2011

KECEWA

 Dalam hidup ini ada kala kita gembira, ada kala kita berduka, pernahkah dalam hidup anda mengalami situasi yang anda berasa amat kecewa pada diri sendiri. Kekecewaan datang dalam pelbagai bentuk. Antaranya :

1. Kecewa disisihkan dan ditinggalkan oleh orang tersayang.
2. Kecewa dengan sikap diri sendiri yang lalai dan leka melaksanakan tanggungjawab baik.
3. Kecewa kerana tidak bersungguh-sungguh menuntut ilmu dan banyak membuang masa.
4. Kecewa tidak memperoleh apa yang diimpikan seperti kejayaan, pujian, perhatian, harta benda dan sebagainya.
5. Kecewa kehilangan sesuatu yang berharga disebabkan kecuaian diri sendiri.

Apabila kekecewaan itu datang kita kadangkala berfikir yang kita tiada peluang dan kesempatan, rasa seperti hendak tidur selama-lamanya tak bangun-bangun, rasa berputus asa, rasa diri tidak berguna dan segala rasa yang negatif muncul dalam minda dan diintepretasikan melalui pancaindera. Kita juga akan berasa teramat sedih sehingga mengalirkan air mata, mengabaikan tanggungjawab yang ada, bersikap pemarah, bersikap suka menyendiri dan sebagainya. Semua ini merupakan refleksi tindakan yang lahir dari kekecewaan. Ada suatu ketika kita akan mengalami kemurungan yang berpanjangan sehingga berasa senak dada dan tak tertanggung.

Adakah patut untuk kita membiarkan kekecewaan bersarang pada diri kita selama-lamanya???? 

JANGAN!!

Jangan sesekali kita biarkan dia bersarang terlalu lama kerana akan merugikan diri sendiri. Untuk itu beberapa tips yang boleh dikongsi untuk mengatasi perkara ini adalah :

1. Kenal pasti punca masalah.
Segala bentuk masalah akan mudah ditangani jika kita tahu punca sebenar kenepa ia berlaku.

2. Luahkan kepada orang yang kita percaya
Berkongsilah segala masalah yang dihadapi dengan orang yang dipercayai.

3. Banyakkan berdoa.
Allah adalah sebaik-baik tempat kita memohon segalanya. Dia yang MAHA MENDENGAR. Insyaallah segala rintihan akan didengari dan kita memperoleh ketenangan

4. Wujudkan fokus yang jelas dalam hidup.
Apabila ada fokus kita akan tahu arah yang hendak dituju dan tidak memikirkan masalah yang mengganggu minda semata-mata.

5. Bergaullah dengan orang di sekeliling
Kadangkala gurau senda orang disekeliling membuatkan kita tertawa dan tersenyum.

6. Berfikirlah secara rasional dalam setiap tindakan yang kita lakukan. Ingat, ramai yang sayangkan diri kita tanpa kita sedari.

7. Tingkatkan keyakinan diri.
Yakin pada diri kita boleh melupakan perasaan kecewa itu tadi dan memulakan hidup yang baru.

8. Belajarlah untuk memaafkan.
Perasaan akan lebih tenang jika tiada dendam di dalam hati.

9.Terima segala kelemahan yang ada sebagai satu batu loncatan untuk kita memperbaiki diri.

10. Elakkan dari suka menyendiri
Ia membuatkan kita memikirkan semula tentang kekecewaan dan melahirkan rasa sedih.

Untuk itu, hindarilah rasa kecewa. Selalu berfikiran positif.

Tuesday, November 15, 2011

YANG PAHIT AKAN MANIS JUA AKHIRNYA

Jangan sesekali kita berasa kecewa atas dugaan yang tertimpa atas diri kita. Sesungguhnya setiap dugaan yang hadir itu menguatkan jiwa dan iman di hati. Setiap perkara yang berlaku juga ada hikmahnya. Kesenangan akan kita perolehi setelah bersusah payah mengharungi kesusahan. Justeru jangan pernah putus harapan dengan Pencipta. Bersyukurlah menjadi makhluk yang terpilih menerima ujian dari-Nya. Semoga segala yang terbaik muncul di pengakhirannya nanti.

Tuesday, November 01, 2011

Ku sangka panas sampai ke petang. RUPA-RUPANYA..........

Agak-agak korang mesti tau kan sambungan dia.. RUPA-RUPANYA HUJAN DI WAKTU PETANG!!!!.. haa tu dia, punya la ak berharap balik je dari fakulti tadi terus ke kafe. Punya la cepat gi beli makanan semata-mata nak elak dari hujan, tapi apakan daya.. Kena jugak meredah.. Dalam tengah sibuk meredah teringat lagu dangdut.. MEMORI DAUN PISANG~~.. ahaha,, ada ke patut.. even ak bawak payung pun dah macam x pakai, basah 1 badan, kepala je selamat.. Then, ak pun buat conclusion pakai payung orang yg jual burger tu lg bagus kot.. wawawa.. Nasib baik la buku dalam beg tak ikut sama lencun.. Kira bernasb baik jugak la.. Tapi 1 benda yg aku peluk erat masa meredah hujan tu agak-agak korang apa ekh???..... hehehe... Jawapannya.. ermm nak bg tau ke?. Ish, x payah la.. PE?? nk jugak?.. X payah la.. Ha?, nk tau jgk? ok la.. NASI AMBANG.. Kui3.. Punya la ak bwak dia elok2 jgn bg jatuh kalo x, x makan la malam.. Ha, teringat lak 1 kejadian pagi td aku nyaris-nyaris kena hempap dengan dahan pokok sedepa. Nasib baik jatuh depan mata. Kalau x ngeee masuk spital gaknya... Syukur selamat. Kata org malang tak miscall so kne la hati2.. K la nak wat asignment ni.. Byk melambak x siap2.. adehhhh.. salam.. Selamat maju jaya..

LinkWithin

Jom Tengok!