SAGITARIUS...
* Sangat setia dan pemurah.
~ memang setia pun, kalau dah sayang seseorang syg gila2 la,
pemurah tu ye jugak tapi kadang2 ada masa kedekut juga,,hihihi
* Bersifat patriotik.
~wah, ni g ni no komen. Tapi ada kebenarannya.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
~dalam permainan tu x sangat rasanya tapi kalau pergaulan tu ada betulnya
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
~yang ini sangat setuju. Aku ni orangnya agak kurang sabar sikit.
Lagi-lagi bab menunggu orang memang tak suka.
Kalau janji nak jumpa pukul 9, sharp pukul 9
mesti dah ada kat tempat yang dijanjikan. Aku tak suka menunggu orang
dan tak suka orang menunggu aku.
* Bercita-cita tinggi.
~Memang ada cita-cita yang tinggi melangit pun tapi tercapai atau tak tu, wallahualam.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
~setuju jugak la, buktinya masa zaman sekolah aku pegang banyak jawatn tu dalam organisasi. Nak tau x?. Ha ni dia
1. Pengerusi Persatuan Puteri Islam
2. Ketua Asrama
3. Timbalan Pengerusi Pengawas Asrama
4. Exco Keceriaan Pengawas Sekolah
5. Pengerusi Majlis Perhimpunan Mingguan
Hehe.. gila kuasa tak aku??.. tapi benda ni bukan sendiri yang pilih. Orang yang lantik tau. Mungkin sebab orang lain percaya akan kebolehan aku. Cuma aku je tak bape yakin..huhu
* Seronok bila didampingi.
~Siapa yang tak seronok didampingi lagi-lagi dengan orang tersayang. Eh, jangan salah anggap orang tersayang tu mak abah kita tau. Jangan pendamping yang duduk berdamping sudah la.
* Suka bercampur dengan orang.
~Suka jugak tapi tengok orang la. Aku ni agak serius jugak. So, mana yang duk tergedik-gedik tu menyampah aku malas nak layan. Aku lebih sukakan kematangan walaupun kadang-kadang aku agak 'childish' skit. Sikit je tau!
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
~ Ye, memang pun aku suka dipuji. Wah, berterus terang gitu. Tapi kena hati-hati jugak sebab kadang-kadang orang ni kalau memuji bukannya ikhlas tapi sebab nak membodek je.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
~Ya memang jujur, amanah tapi yang bertolak ansur ni
tengok keadaan la, ada masa boleh bertolak ansur
ada masa tu aku punya suka nak mementingkan diri.
* Tidak pandai berpura-pura.
~Kalau dah jujur mana la aku ni pandai menipu, tak reti la nak menipu ni. Kalau nak tipu pun nanti kantoi juga. Baik berlaku jujur sahaja.
* Cepat marah.
~ Tidak la cepat sangat tapi dalam sesetengah keadaan aku boleh jadi orang yang cepat melenting. Biasanya jarang aku lepaskan kat orang sebab tak nak orang lain sakit hati. Tengok juga sebab kenapa boleh jadi marah. Cepat-cepat selesaikan supaya tak jadi dendam kesumat dalam hati
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
~Sangatlah setuju dengan statement ni, perangai aku memag tak dapat nak jangka. Kadang-kadang suka jadi macam budak-budak yang mengada-ngada sikit, ada masa pulak serius tahap gaban sampai ada yang tak berani tegur, ada pulak tu senyap yang teramat tak mahu bercakap langsung, sampai satu tahap aku ni mesra alam juga orangnya..hehe, apa-apa pun sikap dan perangai ditetukan oleh keadaan dan situasi.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
~ Tak sukalah ego-ego ni. Tak payah la kita nak budget diri kita ni bagus sangatkan?. Sebab ada yang lebih baik dari kita.
* Benci pada kongkongan.
~Yup! aku tak suka dikongkong. Aku kalau dikongkong akan memberontak. Selagi tak bagi selagi tu la aku buat, haha... jahat juga aku ni. Kalau nak beri nasihat 'slow talk' pun dah ok. Aku boleh terima. Tak payah nak marah-marah macam halilintar sebab aku paling tak suka kena marah dan tak suka orang pemarah.
* Suka berlawak.
~haha.. kelakar je, pandai ke aku ni buat lawak?.. Macam pelik pulak, yang ni kurang setuju. Aku manalah reti nak melawak. Nabil dengan Azizan tu bolehlah kot.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik
~Ha yang ni satu lagi. Aku tak pandai nak melawak. Berfikir logik tu ye. Betul.
P/s : Bulan kelahiran aku ni iaitu bulan disember sama dengan mak kesayangan cuma jarak seminggu je. Bakal mak mentua pun bulan 12 juga. Nenek sebelah abah pun bulan 12. Anak sedara pun sama. Tapi setiap tiba je hari lahir tak pernah pun disambut dan tak ada pun yang menyambut. Sedih je rasa. Setiap kali bertambah usia cuma doakan diri panjang umur je...
Sama La Kita 20/12 awak? Bile?
ReplyDeleteKenapa birthday awak tk disambut?.. walau ape pun awak kena tahu yang awak sgt istimewa.. diri awak sgt berharga..yg penting awak msti happy dan positif.. jgn peduli org lain sebab diri awak sgt bermakna 😊😊❣️
ReplyDelete