Tuesday, May 03, 2011

Pilihan sendiri atau pilihan keluarga?? mana 1 lagi baik..

Salam ukhwah buat semua para pembaca,
Pernah tak korang mengalami situasi berkenaan jodoh sama ada nak memilih sendiri atau keluarga yang pilihkan. Sebenarnya tak tau la kenapa kali ni aku rasa terpanggil nak wat entry pasal tajuk ni. Walau pun hakikatnya aku ni tidaklah terlalu matang dan banyak pengalaman berkenaan selok belok memilih jodoh ni sebab aku sendiri pun masih muda. Jadi segala apa yang aku nukilkan dalam entry kali ini sekadar pendapat aku sendiri selebihnya terpulang pada diri masing-masing untuk menilai. Sebenarnya ada pro & kontra antara kedua-duanya ni. Jom kita tengok satu-satu.

Memilih Jodoh Ikut Pilihan Sendiri
Bila kita yang pilih sendiri mestilah seronokkan. Mana taknya dialah insan yang kita kenali hati budinya, yang kita sayang yang kita suka sedalam-dalamnya seta memenuhi cita rasa kita. Kalau yang memilih sendiri ni mestilah dah saling mengenali dan mungkin juga banyak memori dan kenangan yang telah pun diciptakan. Sayanglah kalau andainya terpisah terutamanya bagi yang dah bertahun bercinta. Ada yang bahagia bila ikut pilihan sendiri dan ada juga yang tidak. Bagi yang bahagia tu alhamdulilah. Maknanya memang telah ditakdirkan mereka hidup bersama. Keadaan ini biasanya disebabkan keserasian yang terjalin antara keduanya dan sikap sanggup menerima pasangan seadanya tanpa mempertikaikan segala kelemahan yang dimiliki sebab kita pun manusia yang dilahirkan tidak sempurna. Satu sebab lagi untungnya ikut pilihan sendiri ni kita tidak melibatkan orang lain bila berlaku pertelingkahan. Kalau tersilap pilih pun disebabkan salah sendiri tak berhati-hati dan menyelidik sedalam-dalamnya sewaktu buat keputusan. Walau bagaimanapun, dalam memilih pasangan pilihan sendiri ini kena pastikan mendapat restu kedua ibu bapa kerana restu itu penting. Kalau restu tiada berkemungkinan tiada kerukunan dalam berumah tangga itu yang menyebabkan terjadinya cerai berai sekarang ni.Wah, aku berkata-kata macam Kaunselor Perkahwinan plak.. huhu..

Memilih Jodoh Ikut Pilihan Keluarga
Kes yang ni macam mana pulak ye?,, Ada sesetengah individu senang mengikut pilihan keluarga, ada juga yang memberontak. Bagi yang mudah terima tu senanglah. Bila ikut pilihan keluarga ni sudah tentu restu tu dah ada. Jadi tak payah risau dah nak fikir-fikir pasal restu ni. Untungnya lagi bila pasangan yang dicari tu memiliki ciri-ciri pasangan sejati siapa yang tak nak. Setiap ibu bapa mesti nakkan yang terbaik untuk anak masing-masing dan orang yang dicari mesti dah diselidik terlebih dahulu. Tapi kadangkala di hadapan orang tua je nampak baik, di belakang, tak payah ceritalah perangai. Dalam keadaan begini kita sendiri kena bijak buat keputusan. Sebab yang akan duduk serumah sebilik nanti adalah kita dan dia bukan mak , ayah, atuk, nenek ke apa. Tapi zaman sekarang ni ada lagi ke yang ikut pilihan keluarga?.. Kalau dulu ada la kot. Bahagia sampai ke tua. Kalau zaman sekarang ni susah nak cari orang yang ikut pilihan keluarga. Masing-masing nak pilih ikut pilihan sendiri. Kalau mereka menerima pilihan keluarga mungkin sukar bagi mereka untuk membina keserasian sebab tidak mengenali jiwa pasangan. 


Jadi, pandai-pandailah kita memilih pasangan mengikut ciri-ciri yang digariskan dalam Islam. Janganlah kita terlalu mengejar kesempurnaan kerana tidak ada yang sempurna di dunia ini dan Allah sendiri telah menetapkan jodoh masing-masing. Terimalah pasangan kita kelak seadanya. Sekian untuk renungan. 

 P/s: Jika keliru untuk buat pilihan, laksanakan solat Istikharah. Insyaallah akan dapat petunjuk.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Jom Tengok!