Tuesday, March 15, 2011

Sukarnya Untukku Tetapkan Hati

Entry aku kali ni bukan nak menyatakan aku berubah hati pada si dia..
Tapi apa yang cuba disampaikan adalah kesukaran untukku bentuk hati dan kalbu ini pada jalan yang tetap dan lurus. Berkali-kali kucuba mendisiplinkan diri mengurus waktu untuk kekal konsisten sepanjang hari. Namun sebagai manusia biasa, hatiku tetap sentiasa diuji dengan ugutan dan tipu daya syaitan supaya sentiasa selesa, bersenang hati dan leka. Wahai kawan-kawanku, tidakkah kau juga merasa begitu?? Justeru apa tindakan kalian? Adakah hanya berdiam diri dan mengikut kata hati semata?.. Pernahkah kalian fikirkan jika kita berterusan mengikut kemalasan hati kita akan binasa? Belajar ala kadar, berada dalam kelas tapi fikiran melayang ke tempat lain, waktu kosong tak digunakan untuk pengisian ilmu tapi sibuk berborak-borak menceritakan hal orang, tiada niat yang jitu & bermacam-macam lagi. Sampai bila???.. Banyak kali aku mendengar rungutan dan keluhan yang mana mereka mengatakan susahnya benda ni, susahnya benda tu, kenapalah mesti belajar, dah cuba buat tapi tak boleh, kalau aku buat pun keputusan sama je, aku memang tak pandai tak macam kau,. Macam ni la keluhan yang sering aku dengar. Kawan-kawan aku juga pernah merasai benda yang sama. Malas belajar, tak ada mood, masa tak cukup untuk belajar, susah mengingat, jiwa tak tenteram dengan masalah yang pelbagai dan motivasi jarang sekali kekal pada kedudukan dan tahap yang tinggi dan macam-macam lagi. aku juga merasakan semakin berada di hujung semester hatiku manjadi semakin tak keruan. Soalnya, mampukah aku maeraih kecemerlangan yang pernah menjadi milikku pada semester lepas? ahhh.. makin kusut kepala aku memikirkannya. Tapi berdasarkan pengalaman aku, kalau makin kita jadi tak selesa, tak tenang itu memberi petanda yang baik yang mana sebenarnya kita menyedari bahawa kita perlu lakukan sesuatu kerana ada satu peristiwa yang menanti kita di hadapan iaitu peperiksaan. Selama mana kita bergelar mahasiswa selama itulah peperiksaan akan menjadi teman akrab kita. Buku dan nota menjadi sahabat baik kita. Kalau hati terasa malas, aku paksa je diri untuk belajar. Memang kadang-kadang bila susah nak faham bila susah nak mengingat rasa nak menangis rasa nak putus asa. Tapi kita kena kuat. Itu namanya dugaan. Biarlah menangis di awalan asalkan di akhirnya nanti ada tangisan kegembiraan. Apa yang penting, kena pastikan hati dididik dengan betul dan jasad diarahkan pada laluan yang tepat. Semoga aku dan juga rakan-rakan terus diberi kekuatan, diberi kemudahan dalam perjuangan hidup ini. Ingatlah kita akan menjadi pendidik anak bangsa suatu masa nanti. Ubahlah mentaliti kita ke arah positif demi menjadi guru yang cemerlang akademik dan sahsiah diri. Wassalam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Jom Tengok!