Thursday, March 17, 2011

Andai Aku adalah.......

Pernahkah anda berusaha melakukan yang terbaik untuk orang lain?
Pernahkah anda menghargai orang lain?
Pernahkah anda bersabar melayan karenah orang lain?
Pernahkah anda berdiam diri dan terus bersabar apabila orang lain melakukan kesalahan yang sama kepada anda?
Pernahkah anda rasa jenuh dan bosan menunggu orang lain yang tidak menepati masa?

Jika anda terfikir anda pernah maka di sini aku nak berkongsi sikit cerita berkenaan apa yang aku rasakan pensyarahku rasa..


Setiap minggu, kuliah bermula pagi, 
Sudah diingatkan dari awal datang tepat waktunya,
Tapi masih ada yang datang lambat.
Sudah diingatkan berkali-kali,
Setiap kelas amali datang "sharp", mesti "punctual",
Tapi masih ada buat endah tak endah bila ditegur, 
Sekadar jadikan halwa telinga,
Masuk telinga kanan keluar telinga kiri,
Dalam hati "ape la sangat, berapa minit je, rileks-rileks sudah.."

Rasa nak dirotan dah besar panjang,
Rasa nak dimarah  nanti kata " ek eleh x sporting langsung",
Rasa nak dimaki, haishh anak orang x boleh buat sesuka hati,
Nanti kena saman pulak,

Bila tak ditegur,
Makin menjadi-jadi perangai,
Anggap diri macam raja yang penuh daulat, 
Orang lain dok kena tunggu dia,
Dianggapnya kita macam boneka,
Sepatutnya kelas mula awal terpaksa dah dilewatkan,
Bila kawan yang tegur menjawab " Kecoh la kau", 

Sampai bilakah akan berakhir keadaan begini. Inilah dilema yang dialami oleh pansyarahku. Walaupun tak pernah disuarakan tetapi ANDAI AKU ADALAH dia aku akan mengalami dilema yang sama. Patutkah perkara ini berlaku kepada bakal guru??.. Seseorang yang sedang dibentuk untuk menjadi pemimpin dan pendidik akan datang melakukan kesilapan yang nampak kecil tapi sebenarnya memberi impak dan persepsi yang negatif bagi orang lain. Perkara yang sering menjadi masalah adalah berkenaan 

MASA!!!!!!!!

Susah sangat ke nak menepati masa? Bila ditegur, kenalah cuba perbaiki. Bukan pandang sebelah mata je. Sepatutnya kita menunggu pengajar bukan orang yang nak mengajar menanti dan menunggu orang yang nak belajar. Bukan niat hati nak menyakiti atau menyinggung sesiapa tapi perkara ini tak sepatutnya berlaku terutama kepada bakal guru.. ya, BAKAL GURU!!.. Jika sedari sekarang tidak diubah sikap, masih berkelakuan sama sahaja, pensyarah tegur buat tak tahu, tengoklah nanti, bakal anak murid akan datang akan buat benda yang sama macam mana kita lakukan kepada pensyarah kita. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Hormatlah pada insan yang mencurahkan ilmu pada kita. Dia dah cuba memberikan yang terbaik dan membantu kita mendapat keputusan dan gred yang baik. Apakah balasan yang kita lakukan padanya?. Janganlah kita teruskan sikap sebegini. Kelak akan berbalik pada diri sendiri. 




Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah,
Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan,
Aku bukanlah Siti Nurhaliza yang punya nama gah di mata semua,
Aku bukanlah Katy Pery yang menjadi gilaan remaja,
Aku bukanlah Dr. Muzaphar Shukor yang menjelajah angkasa,
Aku bukanlah nabi yang punya mukjizat,
Aku bukahlah malaikat yang sentiasa taat,
Aku bukanlah Bill Gates yang punya wang berjuta-juta,
Tapi aku adalah insan biasa yang prihatin pada semua,
yang punya rasa kasih dan sayang pada sahabat,
yang punya hati tak mahu melihat teman diperkotak-katikkan,
yang punya rasa untuk sama-sama berjaya bersama teman seperjuangan,
Kerana itulah teguran diberi,
Kerana itulah nasihat dipatri,
Kerana itulah niat hati untuk membangunkan generasi...


Sekian, maaf sekiranya terkasar bahasa dan menyinggung sesiapa.. Wassalam..



 

1 comment:

LinkWithin

Jom Tengok!