Thursday, November 11, 2010

Salam Kenalan..

        Bismillahirahmannirrahim.. Terlebih dahulu kesyukuran di panjatkan kepada Ilahi dengan izin-Nya sy msih lagi mampu menjalani hidup seharian dengan berkat kudrat yang dikurniakan. Alhamdulilah.
        Sebenarnya inilah pertama kali sy buat blog yg serba ringkas & biasa sahaja. Cemburu melihat orang lain ada blog maka sy pun terbitkan blog sy juga. hehe...Sy pun nak seiring sejalan dengan mereka. Buat masa ni xde topik khusus atau istimewa yang ingin diketengahkan sekadar mengucap salam kenalan bagi yang sudi menyambutnya. Di awal wadah ni, biarlah kita saling mengenali...
        Sy ni masih lg didalam tempoh pengajian dalam jurusan Bacelor Pendididkan Sains Pertanian di UPM Serdang. Dulu dah pun terlintas di kepala yg sy akan menyambung pelajaran di UPM ini semasa berada di Kolej Matrikulasi Johor. Jika diikutkan sy ingin memilih UPSI sebagai pilihan tetapi mungkin ini yang terbaik umtuk sy maka sy terima dengan  hati terbuka. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.. Kn3..
         Kehidupan di kampus banyak mengajar hidup berdikari. Segala-galanya sendiri. Tapi tu x jadi masalah. Kita hidup kena berpijak pada realiti. Kalau asyik nak mengharap orang lain lakukan untuk kita bila lagi masanya untuk kita berpijak atas kaki sendiri.. Lagi pun makin lama kita makin dewasa. Bakal punya keluarga sendiri dan tanggungjawab pun akan bertambah. Jadi bermula dari saat inilah saya mula melatih diri sndri jangan terlalu bergantung harap pada orang lain. Belajar pun kenalah bersungguh2. Sy x nak pisang berbuah dua kali kerana saya pernah kecundang suatu ketika dulu. Setiap perbuatan kenalah ada matlamat yang nak dicapai barulah nanti hasilnya berkualiti.
         Hmmm tiba2 terasa rindu pada rakan2 lama di bangku sekolah dahulu.. Apa khabar mereka semua agaknya,, sekarang ni dah stay bersama kawan baru. Kepada kawan yg dulu study sama2 di TIGS,, rajin2 la contact ye.. Sama2 eratkan silaturahim sesama kita. Tak lupa jugak family yang ada di Johor. Dah lama tak balik rumah, belajar la kata kan. Lagi pula sekarang ni minggu final exam memang tak balik la jawabnya. Bukan apa kalau balik confirm2 fokus nak belajar tu kurang. Banyak dugaannnnn... Ish3..
          Nak citer la plak pasal kuarga, adik beradik sy sumer perempuan. 5 orang semuanya. Syukur pada mak, abah yang dah besarkan kami. Kalau berjalan adik beradik orang kadang2 x knal mana satu mak.. hehe.. sebab tinggi lebih kurang je. Yang sulung amik MEDIC kat UITM Shah Alam, yang no.2 dah pun kawin beranak 1. Cerdik anak dia. Yang no 3 pemilik blog ni la yg cun lagi ayu.. akeke.. hik3,, sajer nak puji diri sendiri kalau tak saper lagi nak puji. Ye x??.. Adik no 4 masih sekolah rendah. Jauh kan jarak kami?.. Hmm yang bongsu baru nak masuk pra. Dia banyak cakap. Petah berbicara. Matang dari usia.
          Tak tahu nak berkongsi apa lagi. Jumpa lagi la di lain waktu jika berkesempatan. Selamat menduduki peperiksaan buat kawan2. Semoga Berjaya kalian semua. Akhir kalam SALAM KEMAAFAN & SALAM PERPADUAN.. assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Jom Tengok!