Lama aku termenung depan laptop…
Sesekali mata aku memandang kalendar yang
terlekat didinding bilik..
Menghitung waktu untuk balik ke rumah..
Dah hampir 3 minggu aku tak menjejakkan
kaki ke kampung..
Semuanya gara-gara kesibukan yang
melanda..
Kalau tak kerana Finishing school yang
diadakan sabtu dan ahad lepas,
mesti aku dah balik..
Dia pun dah keberatan nak bercakap dengan
aku melalui telefon..
Merajuk barangkali menunggu kepulangan
mama.. kesian anak mama..
Sampai saat ni dah tak tertahan rasanya
perasaan rindu pada anak tersayang..
Bukan sekali dua rasanya aku menangis bila
nak tidur tapi dah berkali-kali..
Itulah sahaja cara meredakan ketegangan
dan hati yang sarat kerinduan..
Mana tak nya selalu aku peluk aku cium
aku tatap muka dia sebelum tidur dan pastikan dia betul2 dah tidur sebelum aku
mula menutup mata..
Rinduku bukan rindu pada anak semata,
tapi ayahnya juga yang jauh di perantauan..
Tiga bulan sekali baru balik menjenguk
anak dan isteri dengan sisa masa yang ada..
Dugaan perpisahan ini bukan mudah untuk
ditempuhi..
Tapi hati
reda dengannya yang pergi mencari rezeki..
Doa sentiasa dikirim agar anak dan suami
sentiasa di bawah jagaan Ilahi..
Merekalah harga tak ternilai yang aku
miliki..
Mana mungkin mereka terlepas dari doaku
sepanjang hari..
Dari kejauhan aku sentiasa titipkan doa
agar kesihatan, keberkatan dan perlindungan sentiasa diberi..
Aku tidak mampu memerhati..
Cukuplah aku titipkan mereka pada yang
Esa..
Kerana mereka adalah milik-Nya..
Sebulan berbaki menunggu kepulangan si
dia..
Hujung bulan hari lahirnya..
Sedikit terkilan tidak dapat sambut
bersama…
Tidak mengapa suamiku, akanku hulur doa
agar dirimu dipanjangkan umur, murah rezeki dan diberkati..
Buat anak mama,
Bukan mama tak sayang Iwan..
Tapi mama titipkan adik dekat nenek untuk
sementara sahaja,
mama perlu habiskan pengajian yang bakal
berpenghujung tahun hadapan..
Sabarlah untuk sedikit masa lagi sayang,
Waktu untuk kita sekeluarga bersama akan
tiba jua tak lama lagi..
Allah sedang menguji kita sekeluarga..
Mama sayang anak mama…
Sepenuh hati mama..
Tak sikit pun kurang…
I love both of you...Forever till Jannah.. Insyaallah..
No comments:
Post a Comment