Tuesday, October 22, 2013

Dia balik..dia balik...Amacam???

Sape yang balik? balik dari mana? Bila balik? Kenapa balik? Haha..


***Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja. 
Otak kata jangan hati pula kata ya. 
Hidup tak menentu adakah ini cinta....lalallala~

Hehe..sedap tak aku menyanyi.. mana tau x sedap? dengar pun tidak... Haishh pandai-pandai buat spekulasi haa.. jangannn.. aku kalau menyanyi boleh gempa bumi tau.. Bajet sedap ler tu
Nak kata sedap sangat tu xla, biasa2 je uollls...

Ni nak citer apa sebenarnya ni sampai tersyasyul2 cakap pasal menyanyi bagai tapi tajuk dia balik dia balik... Takde last week kan cuti husband pun call la dan beritahu berita gembira.. gembira ke?? Boleh la... eh, boleh la je?.. Mestilah gembira nak loncat-loncat ni. huhu..

Beritanya dia nak Balik.. dia nak BALIKKKKKK!!!!!!!!!!!
Balik terus okay. Untuk yang tak tau, dia sekarang under contract dengan salah satu company ALE di Australia. Berpindah-pindah jugaklah kat sana tu. Kejap kat Perth, Gladstone, n mana lagi ntah aku pun dah luper la.. wehuu banyak makan semut..

But, mula-mula dia susah nakbalik tapi aku bersyukur dengan nenek angkat aku, Ya nenek angkat. Dia yang banyak tolong doakan dan buatkan solat hajat supaya suami aku dapat balik cepat. Susah sangat nak dapat balik. Bos sayang bebenor kat dia. Hellooooo jangan sayang lelebih. Dia pun ada bini kat Malaysia ni haa.. Bak meh laki aku!..haa marah ni marah ni..Walaupun aku tahu dia kat sana cari rezeki tapi x larat dah hidup MEMBUJANG.  hik hik hik... Boring takde tamn.. 3 bulan sekali baru jumpa. Aku salute pada mereka-mereka yang tahan dekat setahun x jumpa hasben. Mana yang bini2 tentera tu. Sabarlah wahai isteri-isteri jangan jadi cam aku.

But then kan.. kawan dia offer kerja kat Korea.. FuyoO korea seyhhhhhh.. Cam best je kalau dapat gi sana.. Aku tanya dia :

"Nak ke keje kat sana?. Kalau nak ke sana pergilah. Tak kisah pun. "(see!! masih kata "tak kisah" walhal sangatlahhhh dikisah kisah kisahkannnnnnnn..)

lastly dia jawab :

"Malaslah nak duduk dengan sayang je "

"@_@" WehuUUUU~~~~~~~~~~~     lompat tinggi2 sampai cucur atap

So, dia pun x jadi ke Korea & balik keje kat Malaysia je. Lagi berapa hari je.. Wait & wait.

p/s : nak tengok reaksi anak bujang yang dah lama x jumpa bapaknya. Malu ke idak gaknya.




Praktikal ohhhhh praktikal

Alhamdulillah..blurpp..opsss sorry.. actually baru lepas makan time aku update blog ni....hehe
"Tu pun nak bagitau ke??" 
Ishh, sukati aku la.. :-p

Gini yang nak diceritakan. Next year will be going for practical...
Just ada dua negeri je boleh pilih..
Antara Melaka or Selangor..

Mana agak2 aku pilih????

Melaka lorhhhhhh.. Sebab apa???

Sebab dekat la, senang aku nak balik.. sekejap je..

Borang dah pun siap diisi tinggal pengesahan daripada penyelia...sokmo busy penyelia aku.. Nak jumpa susah meyhh..

Hopefully semua urusan dipermudahkan..amin

Tuesday, October 08, 2013

RINDU YANG KIAN TERTUMPAH DARI HATI

Lama aku termenung depan laptop…
Sesekali mata aku memandang kalendar yang terlekat didinding bilik..
Menghitung waktu untuk balik ke rumah..
Dah hampir 3 minggu aku tak menjejakkan kaki ke kampung..
Semuanya gara-gara kesibukan yang melanda..
Kalau tak kerana Finishing school yang diadakan sabtu dan ahad lepas,
mesti aku dah balik..
Dia pun dah keberatan nak bercakap dengan aku melalui telefon..
Merajuk barangkali menunggu kepulangan mama.. kesian anak mama..
Sampai saat ni dah tak tertahan rasanya perasaan rindu pada anak tersayang..
Bukan sekali dua rasanya aku menangis bila nak tidur tapi dah berkali-kali..
Itulah sahaja cara meredakan ketegangan dan hati yang sarat kerinduan..
Mana tak nya selalu aku peluk aku cium aku tatap muka dia sebelum tidur dan pastikan dia betul2 dah tidur sebelum aku mula menutup mata..

Rinduku bukan rindu pada anak semata, tapi ayahnya juga yang jauh di perantauan..
Tiga bulan sekali baru balik menjenguk anak dan isteri dengan sisa masa yang ada..
Dugaan perpisahan ini bukan mudah untuk ditempuhi..
Tapi hati  reda dengannya yang pergi mencari rezeki..

Doa sentiasa dikirim agar anak dan suami sentiasa di bawah jagaan Ilahi..
Merekalah harga tak ternilai yang aku miliki..
Mana mungkin mereka terlepas dari doaku sepanjang hari..
Dari kejauhan aku sentiasa titipkan doa agar kesihatan, keberkatan dan perlindungan sentiasa diberi..
Aku tidak mampu memerhati..
Cukuplah aku titipkan mereka pada yang Esa..
Kerana mereka adalah milik-Nya..

Sebulan berbaki menunggu kepulangan si dia..
Hujung bulan hari lahirnya..
Sedikit terkilan tidak dapat sambut bersama…
Tidak mengapa suamiku, akanku hulur doa agar dirimu dipanjangkan umur, murah rezeki dan diberkati..

Buat anak mama,
Bukan mama tak sayang Iwan..
Tapi mama titipkan adik dekat nenek untuk sementara sahaja,
mama perlu habiskan pengajian yang bakal berpenghujung tahun hadapan..
Sabarlah untuk sedikit masa lagi sayang,
Waktu untuk kita sekeluarga bersama akan tiba jua tak lama lagi..
Allah sedang menguji kita sekeluarga..
Mama sayang anak mama…
Sepenuh hati mama..
Tak sikit pun kurang…

I love both of you...Forever till Jannah.. Insyaallah..




LinkWithin

Jom Tengok!