Pejam celik pejam celik sekarang kandungan aku pun dah memasuki trimester kedua dan berada pada minggu ke 26.. about 2 more week will become 7 month.. Oh, no 3 month to go!!.. Anyway, tentang persiapan baby dah buat sikit-sikit. Setiap kali aku pegi shopping compleks surely aku akan beli barang baby. Paling tidak pun sehelai dua baju baby.. hehe.. Aku x suka beli sekaligus, tkut x terlarat.. lagi pun ni baby sulung, byk kne sediakan. excited, teruja, semua ada.. Antara barang yang dah tersedia, baju lengan panjang, lengan pendek, rompers, botol susu, toto baby, mitten and socks, barut, bedung, lampin, selimut & 1 set brg mandian baby aku da beli.. Just yang aku punya xde lagi ni mcm bengkung, jamu set bersalin, & lain2 la.. malas nak list panjang2..
Haa.. tu baru persediaan awal belum persediaan t nak masuk spital, nak packing2 lg.. byk jgk nk kne buat.. Tp slow2 x perlu tergopoh gapah. Masa masih lambat lg.. aku ni cakap lambat2 silap2 baby kuar awal.. Mana taknya, aku ada baca kat satu wall dia kata kalau kita banyak berjalan cepat bersalin. Macam aku yang masih belajar ni memang la byk jln syg oi.. tiap2 hari turun naik tingkat 4 ha!!.. tu belum citer jalan kaki ke ladang lagi turun naik tangga gi kelas lg.. dugaannn.. tapi harap2 nanti mudahlah untuk aku bersalin..
Hmm.. terlari topik pulak ye.. Bila dah masuk trimester 2 ni yang bestnya adalah bila mana segala jenis alahan atau "morning sickness" dah beransur kurang atau hilang sama sekali. Tiada lagi muntah2.. loya2 dan sebagainya. Namun begitu timbul pulak masalah lain iaitu sakit pinggang, benda ni memang normal bg ibu hamil. Lagi satu masalah panas dan kerap berpeluh. Yang ni amat menguji kesabaran. Kadang-kadang dah mandi pun masih panas dan berpeluh. Belum waktu malam lagi memang x nyenyak rasanya tidur bila keadaan panas walhal dah buka kipas paling maximum!!.. Bila aku duk tny orang sana sini yang dah ada pengalaman mengandung memang macam tu keadaannya. Jadi bersabarlah..
Lain masalah yang aku alami ialah gatal pada bahagian perut. Kalau dah gatal tu alahai memang sedaplah kalau menggaru. Tapi bila difikirkan semula takut nanti kesan stretch mark lg truk lepas bersalin, so aku akan alas perut dengan kain sebelum menggaru atau just gosok2 je bagi lega. Dalam masa yang sama aku sapu jugak bio oil.. Bagus minyak ni cepat resap dan tak melekit. Even mahal sikit tapi jimat jugak la. Sbb sekali pakai x banyak mana pun.
Yang seterusnya ni xde kaitan dengan masalah kesihatan tapi perasaan. Bila dah masuk trimester kedua ni nampak gayanya hubby makin sibuk keje. Sekarang dah dekat 3 minggu tak jumpa.. :-( Minggu depan dia akan flight ke Australia selama tiga bulan. Ya Allah.. lama betul. sedangkan tak jumpa seminggu pun aku dah panas punggung, lagi kan 3 bulan. Mau meraung tiap2 malam.. Harap2 tak macam tu la. Aku tetap akan berusaha untuk sentiasa berfikiran positif dan selalu ceria. Yelah bila mengandung ni emosi kena jaga. Takut t baby plak yang stress.. Kesian dia.. Dah nama pun kerja, kenalah terima. Aku doakan yang terbaik je untuk hubby tercinta. Harap2 masa nak bersalin nanti hubby dah balik Malaysia. Amin
p/s : gender baby tak tau lagi sebab baby kepit kaki masa scan tak mahu tunjuk 'anu' dia..hehe,, shy2 cat anak mama ni.. tp xpela.. SURPRISE!!!! :))