Wednesday, February 22, 2012

Bila Berjauhan Dengan Suami..

Salam secangkir kenangan..
Lama rasanya diri ini tidak mencoretkan sesuatu  bermakna dalam ruangan blog ksyngan. Kali ni bukanlah satu kupasan isu semasa tentang peperangan, penzinaan, penagihan dadah dan sebagainya tetapi adalah suatu luahan rasa, satu coretan yang ingin dikongsikan bersama pembaca..

Perkahwinan sering digambarkan sebagai suami isteri tinggal bersama di bawah satu bumbung, mengadap muka saat pulang kerja, bersantai di kala petang, makan bersama di malam hari dan bergurau senda saat bersama. Namun tidak semua perjalanan sebuah perkahwinan akan melalui saat seperti ini. Ada masanya kedua-duanya diduga dan diuji. Suami mempunyai tuntutan kerja yang perlu dilaksanakan, si isteri pula menggalas tanggungjawab menyambung pelajaran. Inilah keadaan yang aku alami saat ini..

Terasa syahdu bila diri mula keseorangan tiada insan tersayang di sisi. Tetapi setiap ujian yang Allah turunkan ada hikmah tersendiri. Barangkali Allah mahu menjadikan aku sebagai seorang isteri dan juga seorang bakal ibu yang kuat dan tabah. Aku percaya Allah menurunkan ujian pada hambanya sesuai dengan kemampuan yang dimiliki oleh hambanya di dunia. Mudah-mudahan dengan perpisahan untuk sementara waktu ini menguatkan lagi cinta dan hubungan antara kami suami isteri.

Bermacam-macam perkara yang kami lakukan supaya tidak terasa berjauhan. Mujurlah adanya kecanggihan teknologi masa kini membenarkan aku untuk sentiasa bertanya khabarnya di waktu pagi, tengahari, petang dan malam. Walaupun sekejap mendengar suara sudah cukup melegakan hati. Jika ada waktu skype sudah tentu. Andai ada waktu terluang suami akan turun ke KL atau aku sendiri yang balik ke Johor. Tapi untuk akan datang si dia akan ke Australia atas tuntutan kerja. Sungguh Allah benar-benar nak menguji hati dan jiwa ini berjauhan dengan suami saat kehamilan anak kami yang sulung. Sebagai seorang isteri aku faham keadaan yang berlaku. Perlu ada  kepercayaan, bertolak ansur dan kesetiaan. Kata orang sayang anak tangan2 kan sayang isteri tinggal2 kan. Pemergiannya demi mencari rezeki. Bukan untuk sesiapa tetapi untuk diri ini dan anak yang dikandungkan juga. Kerana itulah aku redha dengan situasi ini dan sentiasa mendoakan suami di bawah lindungan YANG MAHA ESA.. Insyaallah..

Sebenarnya saat berjauhan dengan suami memberi ruang pada diri untuk lebih dekat dengan Ilahi. Bukan bermakna bila bersama suami terasa jauh dengan Ya Rabbi, tetapi bila berjauhan itulah akan timbul rasa kesyukuran bila saat suami di sisi, terasa ingin selalu mendoakan si dia sihat sentiasa.

Hidup kita hanyalah sementara, hargai apa yang kita ada.. Bersyukurlah dengan nikmatnya.. Alhamdulilah

P/s : Terasa rezeki makin melimpah ruah dengan kehadiran bakal anak sulung... :)

LinkWithin

Jom Tengok!