Sunday, June 09, 2013

UJIAN ADALAH RENCAH KEHIDUPAN

Kita biasa dengar dengan peribahasa "ku sangka sampai ke petang rupanya hujan di tengahari"...Perbahasa ini menukilkan satu maksud bila mana dalam sesuatu keadaaan kita tidak dapat mengecapi sesuatu kesenangan atau kebahagiaan dalam tempoh yang berterusan dan berkekalan. Hanya setakat separuh jalan, semua itu berakhir dengan sekelip mata.

Jangan pernah ditangisi setiap yang berlaku kerana apa yang terjadi dalam hidup kita merupakan ujian daripada Allah Taala. Tidak akan dikatakan beriman seseorang itu seandainya imannya belum diuji. Hanya setelah ia diuji kemudian ia kembali taat kepada Allah maka itulah yang dikatakan orang beriman. Bermacam-macam ujian yang boleh diturunkan oleh-Nya baik kehilangan orang tersayang, kehilangan harta benda, kegagalan, kecacatan dan sebagainya. Namun sebagai hamba, kita hanya mampu berserah, pasrah dan redha jika kita terpilih untuk diuji oleh-Nya.

Memang perit dan sakit jika ujian yang didatangkan itu benar-benar menguji kemampuan emosi, fizikal dan spiritual. Ada segelintir yang tidak berupaya langsung menanggung sehingga memilih jalan untuk membunuh diri. Sedangkan sebenarnya banyak cara lain yang dapat dilakukan. Jika menangis adalah cara yang dapat meredakan ketegangan maka menangislah... Jika berkongsi dengan orang yang anda percayai dapat meleraikan kekusutan maka berkongsilah.. Jika anda rasa semua tidak membantu.. bersujudlah pada MAHA PENCIPTA.. Dia yang mengatur segala-galanya.. Jangan pernah sesekali berputus asa dengan rahmat Allah kerana Dia MAHA MENGETAHUI atas setiap sesuatu.

Buat semua,
jika anda lemah, bangkitlah.....
jika anda ingin rebah, bangunlah.....
jika anda berputus asa, kuatkan semangat....
jika anda hilang punca, kembalilah ke pangkal jalan....
Semoga hidayah terus melingkari kehidupan seluruh hamba-Nya..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Jom Tengok!