Berkali-kali juga aku rasa berputus asa atas tiap perkara yang gagal aku kecapi sepanjang hidup ini.
Berkali-kali juga rasa tak mahu lagi hidup dan menelusuri laluan yang tiada haluan.
Berkali-kali juga aku temui insan atau individu yang sering kali menguji kesabaran diri.
Berkali-kali juga rasa ingin menjerit dan perasaan ingin menangis itu datang apabila aku berasa tertekan dan diri tak mampu menahan setiap ujian yang datang.
Ujian Hidup Dan Rezeki Kita Berbeza |
Namun....
Dalam cubaan aku untuk bangun, aku kutip segala kekuatan kerana aku tahu aku bukan insan yang lemah.
Dalam cubaan aku untuk tidak berputus asa dan patah semangat, aku gagahkan diri berjuang untuk diri sendiri dan insan sekeliling yang masih mengharapkan aku untuk mencapai kejayaan.
Dalam cubaan untuk aku terus hidup, maka aku tetapkan matlamat yang kuat untuk aku tuju ke hadapan dan tidak menoleh ke belakang.
Dalam pada masa aku temui insan yang sering menguji diri, aku kutip kelebihan pada setiap diri mereka yang boleh aku jadikan contoh dan aku jadikan kelemahan pada diri mereka sebagai teladan supaya aku tidak melakukan perkara yang sama pada orang lain. Aku akan terus bersabar kerana aku tahu Allah ada bersama-sama orang yang sabar.
Dalam keadaan aku tertekan dan rasa ingin menangis, aku lepaskan segalanya dalam tangisan kerana itulah yang dapat meredakan ketegangan.
Apa jua yang dihadapi, bertenang dan fikirlah ada insan yang lebih sukar hidupnya dari apa yang kita lalui...
Renung-renungkan....
No comments:
Post a Comment