Sunday, September 08, 2013

Semester Baru, Buku Baru

Alhamdulillah, lastly sampai jugak ke tahun akhir pengajian...
Banyak kenangan demi kenangan yang dapat dilukis, dicipta, dirasai sepanjang bergelar mahasiswa universiti...

Segala penat lelah dalam menggapai ilmu terasa berbaloi jika di akhirnya nanti kepujian kelas pertama dapat diraih..
Tapi jalan belum sampai di penghujung...
Perjuangan masih perlu diteruskan dengan berbaki 2 semester dan bakal menjalani praktikal pada tahun hadapan...

Semalam aku baru sahaja dihantar oleh orang tuaku kembali ke kolej kediaman..
Berat hati nak balik sebenarnya..
Mungkin sebab dah lama duduk serumah, sebilik, sebantal dengan anak bujang sulung aku..
Lebih kurang 2 bulan lebih aku dapat manjakan dia, tatang dia, sambut dia bangun tidur, main sama, makan berkongsi pinggan, peluk cium semua terasa puas sepanjang ada kat rumah...
Lagi haru bila dia dah pandai panggil mama dengan suara manja..alahai anak...

Semester baru mesti azam pun kena baru..
Semester lepas azam dah tercapai..
Aku berjaya peroleh kepujian dekan..alhamdulillah.. syukur padamu Ya ALLAH..
Kejayaan masih boleh menjadi milik aku..
Tapi nasib akan datang belum tahu...
Semuanya bergantung kepada tindakan aku sekarang..
Kalau molek yang diatur, baik yang dituntut, insyaAllah akan diizinkan tuhan...

Untuk semester kali ini..
Banyak yang aku kena baiki dari kelemahan masa lalu..
Segala-galanya menuntut pengorbanan dan kesabaran...
Bukan senang nak mengejar cita-cita dalam masa yang sama nak bangunkan keluarga..
Fizikal, emosi, spiritual semua boleh terganggu kalau tak kuat...

Apa jua rintangan kena hadapi...
Tambah-tambah dugaan yang datang dari hati sendiri...
semoga sentiasa diberi ketenangan...

Semester baru, buku baru... tutup yang lama..
& pastikan yang baru tu lebih cemerlang cahayanya, lebih padat isinya berbanding yang lama....

Selamat menempuh pengajian di universiti buat adik-adik yang baru menjejakkan kaki.. =)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Jom Tengok!